SAYA PERLUKAN SLING BAG BARU
SAYA PERLUKAN SLING BAG BARU
---------------------@--------------
Selepas sahur, mood untuk menjahit datang. Tapi untuk betul2 dapatkan mood tu saya mulakan dengan membuat sebiji bag untuk diri sendiri. Almaklumlah, sling bag yang ada dah berusia hampir setahun so rasanya tak salah untuk saya membuat sebiji lagi. Saya menggunakan designer cotton Micheal Miller.
Saya juga letakkan batting so that bag tersebut akan kelihatan lebih cantik serta selesa ketika menyandangnya.
ENJOY
PILLOWCASE TOP
Ini namanya pillowcase tops. Saya buat ni pada hari ahad lepas. Tak lama masa untuk
membuat 2 helai baju macam ini. Ini kerana ianya simple dan ringkas untuk di buat. Saya mengambil masa
hanya 1 1/2 jam untuk menyiapkan kedua2 baju termasuk masa memotong. kalau yang lagi terre mungkin akan mengambil masa lagi singkat dari itu. Kalau belek2 Google ada banyak tutorial nak buat so kat sini saya list kan juga tutorial yg saya jumpa untuk you all semua. ENJOY
Dress Aliyah & Aisyah
Gambar bahagian hadapan Dress.
Agak plain so saya rasa saya nal letakkan bow kecil sebagai
hiasan atau mungkin butang
Bahagian Belakang Dress.
Saya letakkan ribbon berbelang.
SLING BAG UNTUK ALIA
Sebenarnya agak lama saya tak buat bag untuk anak-anak . Tengah hari tadi saya lihat Alia begitu bersungguh-sungguh membawa bag sekolah Kebangsaan nya ke KAFA .. kesian pulak .. besar sangat ... so timbullah idea untuk buat 1 biji sling bag untuk dia ... Mula2 nak buat Tote Bag tapi rasanya dia dah ada satu masa dia masuk tadika dulu ... so this time sling bag ..
Ukuran bag ni boleh muatkan dalam kira2 8 biji buku tulis .. serta bekas pencil .. interfacing yg saya gunakan adalah jenis iron on interfacing . Kalau kat kedai harga dia dalam lingkungan RM2.00 - RM2.50 per meter . Tali yang saya gunakan adalah campuran .. saya lapikkan kain keras bersama2 dengantali webbing ..
Kalau kat kedai harga tali webbing ni anggaran RM0.80 -1.50 per meter. saya gunakan size 1" nyer tali . and magnetic snap yang saya beli dari snazzy & Such.
Alia suka dengan bag nih ... rasa hepi bila bag yg kita buat anak suka .. Lepas nih kena buat untuk Aisyah pula ..
IRON BOARD COVER MAKEOVER
Subscribe to:
Posts (Atom)