Hani's Birthday Give away

Wah .. Seronoknya dapat join Giveaway dari Hani. Ini adalah kali pertama saya join Giveaway nih. Really hope that saya akan win this buttons & Ribbons. and to Hani. HEPI HEPI Belated BIRTHDAY Honey !!!!!!

Picnic Bag

Kami sekeluarga bercadang untuk pergi ke PD hujung minggu ni. So...saya terjumpa lak satu site untuk buat Picnic Bag. So .. saya pun try lah buat. Not bad & tak sesusah mana.Lagipun masih ada kain lebihan dari Tote Bag sebelum ni. so, sesiapa yang nak buat Picnic bag ni, you guys bolehlah mendapatkan Tutorial dari Sewtakeahike. Good Luck !

Sewing Machine Cozy

Ini adalah " sewing Machine Cozy " untuk my new sewing Machine. Saya beli sewing machine ni 2 bulan lepas. Material yang saya gunakan adalah daripada Pillow wrapper. Saya recycle balik dan buat sewing machine cozy ni. Thanks to Spool Sewing for the Nice Tutorial.

Zippered Bag

Fabric yang digunakan sama dengan Fabric Head car Pillow. you guys boleh dapatkan tutorialnya dari Some Art Talk Blog. Mudah untuk mengikuti tutorialnya. Selamat Mencuba.

Water Bottle Bag For Alia & Ecah

Untuk water bottle Bag ni, saya beli kain dari Ikea. Saya cuma beli Kain lebihan saja so Dalam 0.7 meter saya dapat dengan Harga RM3. Kalau beli yang elok nyer dalah 29.90 kot semeter. Jadi lah untuk budak2 nih. You guys boleh dapatkan tutorial dari Pink Chalk Studio.

Bag 2

Bag No.2 Fabric di beli dari Nagoya Shah Alam Harga Fabric RM 9.80 & RM 4.80 Semeter Masa untuk menyiapkan beg Agak lama sebab masih baru belajar. Lebih kurang Dalam 2 jam

- Outdoor Activity -

Alia menggayakan tudung yang saya jahit untuknya ke sekolah. Sementara tunggu Baba mereka balik, saya buat aktiviti luar rumah . jarang sekali saya keluar rumah sebab kawasan rumah saya ni sunyi sikit. Takut juga nak keluar. Tapi hari ni Adik saya dari kampung datang, so ambil peluang ni untuk bawa anak-anak keluar rumah.

Car Head Pillow

Car Head pillow ini saya buat khas untuk Suzuki APV kami menggantikan head cushion yang lama. Suami pada mulanya tak berapa suka denagn head cushion ni kerana terlalu berbunga katanya tapi saya menegaskan bahawa itu adalah family car .. so akhirnya dia terpaksa mengalah. Kain yang digunakan adalah lebihan kain dari project Pillow case so saya hanya dapat membuat 4 biji head cushion. Kain berbunga tu saya beli dari kedai kain Sutera di Sungai Buloh (dekat masjid) RM 19.80 semeter dan Kain petak-petak hitam dari Nagoya Shah Alam RM 4.80 semeter agaknya atau mungkin murah.

Kamdar .. here we come

Hari ni saya berkesempatan membeli beberapa helai fabric di Kamdar. Saya belli fabric yang murah-murah jer sebab saya kan baru belajar. Orang baru belajar kena beli kain murah-murah untuk belajar. Kalau kain mahal-mahal takut pulak rosak masa menggunting nanti. Kesemua kain ni nanti saya akan gunakan untuk buat dress Alia dan Aisyah. Saya ada juga membeli kain cotton untuk buat kemeja suami. Saya pun sedang belajar buat kemeja sekarang ni .. susah juga. Saya singgah menjengok Zouhua Textile , SS2 (lebih kurang camtu la namanya) . Kain- kain kat situ memang cantik tapi harganya lagi cantk. Insyaallah... kalau dah terer nanti bolehla saya mula shopping kat sana. Dalam 2-3 hari ni kena stop menjahit sebab nak concentrate buat contest. Banyak pulak contest hujung-hujung bulan nih. Suami bagi green light untuk mula menjahit awal bulan 5 ni tapi saya mungkin akan menjahit sikit-sikit dalam minggu depan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :)

Lagi-lagi dress

Ini adalah Dress pertama saya. So, banyak juga kekurangan nya spt jahitan yang tidak berapa kemas dan ruffle yang tidak begitu menjadi. Sekarang barulah saya tahu bahawa membuat dress adalah lebih senang dari mebuat baju kurung. Saya pernah buat baju kurung untuk ALia dan Ecah tapi hasilnya memang tak memuaskan. Mereka hanya pakai sekali sahaja. Mungkin sebab jenis kain yang saya gunakan. leher baju kurung pun tak menjadi tapi sekarang mungkin ok sikit kot selepas mempelajarinya dari Maya. Thanks Maya. Sungguh Mudah dan senang. Idea untuk membuat dress ni pun dari maya selepas melihat dia membuat baju untuk si comelnya. Kagum dengan hasil kerja Maya. absolutely adorable. Tapi yang paling mencabar ialah membuat 2 dress yang sama dan serupa. penat .....

RUFFLE SKIRT UMTUK AISYAH

Memandangkan waktu siang dihabiskan untuk menjaga Afiq yang berumur 5 bulan, maka waktu malam adalah waktu yang amat sesuai untuk saya menyudahkan Ruffle skirt ni. Aisyah sukakan warna biru jadi saya buat skirt ni khas untuknya. Manakala Alia pula warna merah ... kena tunggu lah kan. kain yang digunakan adalah kain cotton biasa sahaja.

My first Bag

Selepas menyiapkan Dress Aisyah, saya cuba buat bag pula. jealous juga bila baca blog2 mereka yang senior. Masing-masing berkebolehan membuat beg untuk kegunaan sendiri. So, saya pun cuba buat. alhamdulillah, hasilnya boleh tahan tapi tak secantik mereka2 yang dah senior. Setakat nak bawak pergi pasar tu boleh lah kan. So lepas nih saya akan cuba buat lebih banyak bag. Wish me luck.

Purple Dress Untuk Alia

Puas juga nak menyiapkan Dress Purple nih untuk ALia. Untuk Ecah tak buat lagi. Sudah siap separuh jalan. Malam ni sambung lagi proses jahitan dan insya allah esok bolehlah budak-busak ni melaram dengan Dress purple ni. Sebenarnya ini adalah dress saya yang ke-2. Dress yang pertama berwarna merah hati. Tak sempat nak ambil gambar budak2 nih dengan dress tuh. esok kalau ada masa saya akan ambil gambar mereka memakai dress yang pertama. Design sama jer .. cuma kain yang saya gunakan lebih elok sket.