Car Head pillow ini saya buat khas untuk Suzuki APV kami menggantikan head cushion yang lama. Suami pada mulanya tak berapa suka denagn head cushion ni kerana terlalu berbunga katanya tapi saya menegaskan bahawa itu adalah family car .. so akhirnya dia terpaksa mengalah. Kain yang digunakan adalah lebihan kain dari project Pillow case so saya hanya dapat membuat 4 biji head cushion. Kain berbunga tu saya beli dari kedai kain Sutera di Sungai Buloh (dekat masjid) RM 19.80 semeter dan Kain petak-petak hitam dari Nagoya Shah Alam RM 4.80 semeter agaknya atau mungkin murah.
salam ziarah...
ReplyDeletecantik la car head pillow ni.. mmg sesuai utk family car.. kalo my hubby pun, dia x suka bunga2 ni.. hehe...
i pun baru je belajar2 menjahit ni... hehe.. seronokkan menjahit? especially buat baju utk anak2..
seronok .. teruskan usaha menjahit . memang syoookkk kalau anak2 pakai naju yg kita buat kan .. insya allah nanti kita bolehlah bertukar-tukar idea kan ...
ReplyDeletetgk label sewing-car..terkezut weols kekdahnye!
ReplyDeleteskali klik pasal head pillow kereta rupenye..
versatile sungguh uols ni tau!