Ahli baru - Ckeweng

hari ni kami sekeluarga keluar sarapan .. untuk pertama kalinya selepas kelahiran Afiq. Dah lama tak makan di luar. Ini semua gara-gara Haiqal yang sememangnya nakal dan tak boleh di ajak makan di luar. Kami makan di Restoran Hidayah Subang Bestari. Boleh tahan juga sarapan di situ kerana orang taklah berapa ramai and yang paling penting makanan nya sedap. Nasi lemak dan ayam goreng dia boleh lah tahan. Selepas sarapan mama pergi kedai jahit mama di Subang Perdana. memang itulah kedai jahit yang selalu mama pergi sebab dekat dengan rumah dan harga dia pun ok lah. tak terlampau mahal. Selepas membeli barang2 yang perlu kita orang pun keluar. Masa kat kereta, Alia anak sulung mama menjenguk ke dalam longkang berdekatan kereta. Apa lagi, menjerit lah dia ternampak seekor anak kucing yang masih kecil didalam longkang tu. Mama pun memaksa baba berenang mengambil anak kucing kucing tu. Kat tengah jalan mama nampak adik-beradik kucing tuh dah hancur kena gilis kereta. kesian sebab ada juga orang buang anak kucing kat jalan besar.Mama amik keputusan untuk mengambil anak kucing tu jadi anak angkat mama. so ahli keluarga mama dah bertambah . Sekarang dah jadi 7 orang. Mama, baba, Alia, Ecah, Ekal, Afiq dan Ckeweng (nama diambil sempena nama arnab yg mati dulu). Harap-harap rezeki mama sekeluarga bertambah bila dah ada orang baru nih .. ada kawan lah Afiq.

1 comment:

  1. alahai siannye...eee tak dpt bygkan lain2 yg kena gilis tu...
    fyi, my jane (cat) pun weols selamatkan dr hampir dilanggar kat jln besar dpn pasar borong selangor..weols siap kuar tahan kete lagi...gitew!over tau!klu weols lmbt 10saat mmg digilis lori la kitten tu...and now she is part of our family...da 6mths old..baru smlm bwk dia gi vet!woohoo

    ReplyDelete